Hari ini saya telah menjalankan operasi mengerudi telinga Spark. Spark adalah antara kucing malang yang di jangkiti hama telinga namun dengan penjagaan baik keadaan telinga Spark makin pulih. untuk menjalankan aktiviti ini saya memerlukan beberapa ke eprluan seperti
Ehh sapa kat belakang tu.
1) Baby Oil , boleh dibeli di pasaraya Mydin RM 3.50 . Buat promosi la pulak.
2) Putik Kapas a.k.a cotton buds
3) Dan juga ubat titik Surolan. ini kena beli kat vet. RM 30 . kat kedai mesra petshop ade.
4) Jangan lupa tempat operasi hendaklah dialas dengan surat khabar UT
Bila semua bahan telah disediakan perkara yang perlu anda laukan ialah.
1) Tangkap kucing yang akan dioperasikan.
2) Basahkan cotton buds dengan baby oil
3) Riba kucing anda dengan miringkan pipinya serta kepakan cuping telinga
Telinga Spark yang akan digerudi
4) Cuci telinga kucing dengan cotton bud sehingga bersih termasuk disebelah dalam.
5) Pastikan di buat untuk telinga kiri dan kanan.
6) Jika kucing anda meronta
7) Kucing anda mungkin akan meronta2 jadi kemungkinan anda memerlukan bantuan.
Pembantu bertugas " Aleesya Maisarah" . Tapi malangnya pembantu ini bukan membantu menenangkan Spark tetapi menghuru harakan lagi Spark. Aduyaiiii
8) Kemudian titiskan ubat telinga mengikut nasihat Vet anda.
9) Gosokan cuping telinga
Gosokan macam ni.
10) Dan selesai....
Spark Posing setelah telinga di gerudi
Wahh gembira la Spark ko kena gerudi. Uteh aku payah giler kalau nak korek telinga dia
ReplyDelete