Bila kita baca tajuk diatas terfikir sejenak diminda kita betapa indahnya susunan bahasa yang digunakan oleh nenek moyang kita. Nenek moyang orang Melayu sangat sensitif jiwanya pada alam persekitaranya. Kehidupan mereka yang diwarnai dengan pepohon rimba, diulit bayu laut dan didendang desiran ombak serta unggas menjadikan orang Melayu suatu bangsa yang sangat berseni. Malah kesenian ini meliputi semua aspek kehidupan mereka dari segi bahasa, tata hidup, senibina, muzik malah beradapan keseniaan lainya.
Malah ada sesetangah keseniaan orang Melayu telah melalui episod yang sangat panjang sehinggakan sejarahnya menjadi samar sesamarnya sejarah Melayu itu sendiri. Kesenian Mak Yong contohnya, merupakan satu keseniaan drama tari yang telah diwarisi sejak berabad lamanya. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap Mak Yong, namun masih gagal menyimpulkan satu kesimpulan yang jelas. Para pengkaji masih bertelagah dalam menentukan dari mana asal usul Mak Yong ini.
Pengalaman menonton Mak Yong "Dewa Indera Indera Dewa" pada tahun lepas di Istana Budaya memberi kesan tersendiri pada diri saya dalam memahami dan mendalami kesenian ini. Ada juga bisik-bisik dibelakang yang menyindir dan mengutuk setiap kali saya membuka topik Mak Yong. Namun itu tidak menjadi masalah bagi saya untuk terus mengkaji kesenian ini. Kajian saya tidaklah sehingga mencapai tahap kajian akademik, tetapi lebih bersifat catatan peribadi melalui pengamatan dan pengalaman sendiri dan bahan bacaan lain.
Berbicara tentang Mak Yong, apa yang saya faham ialah Mak Yong ini terdiri dari gabungan muzik, tarian, lagu, dan drama yang saling sokong menyokong sehingga membentuk satu identiti yang sangat unik malah mungkin tidak terdapat dalam kesenian lain di dunia ini. Menurut sesetengah pendapat, Mak Yong berasal dari selatan Thailand dan merupakan persembahan untuk Istana pada zaman Cik Siti Wan Kembang. Oleh sebab itulah Mak Yong ini lebih popular di negeri serambi Mekah ini. Kini, selepas pihak kerajaan negeri Kelantan mengambil pendekatan mengharamkan Mak Yong, Mak Yong terpaksa berhijrah demi menyambung kelangsungan kewujudannya.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment