Monday 7 May 2012

KAU PERGI JUA

Akhirnya hari ini 7 May 2012 Selebet menemui ajalnya. Dua minggu selebet tak mo makan. Suap pon tak nak. Asyik tido jer. Bwk jumpa Vet Dr cakap Selebet memang dah sakit teruk. Hati Selebet dah rosak. Doktor Sham suruh suap Selebet guna picagari. Sempat buat dua tiga kali jer.


Setiap kali balik keje mesti jenguk Selebet dulu. Kurusnya. Dapat rasa semua tulang-tulang. kadang sayu rasa. tapi Selebet tetap x mo makan. dah macam2 cara buat. Macam biasa sikat bulu Selebet. Kena buat perlahan-lahan sebab tak nak bagi selebet sakit.

Hari tu bila check nampak Selebet keluar air mata. sedihnya rasa. Sebab tu tak nak tengok selebet lama-lama. Bukan sebab tak suka selebet. tapi tak sanggup tengok penderitaan selebet. Selalu berdoa moga Selebet boleh sembuh dan boleh makan.

Hari ni balik kerja. usik kaki selebet. dah kejung. tak gerak dah. Selebet dah tak ada. Sedihnya hati ni. Biasa kalau ussik kaki mesti selebet bangun walaupun tak larat. Mesti selebet geset2 pipi kat tangan. tapi hari ni semuanya kaku. hurmmm

Selebet selamat tinggal

Saturday 5 May 2012

KEK LAPIS SARAWAK OREO SUPREME (KUKUS)

Cer hangpa baca nama kek ni. ade ala2 nama Pizza tak. hahaha. kalau cari kat pasaran memang tak jumpa punyer. hahaha haktuih. Nama tu aku sajer jer letak. Sebab tak tau nak buh tajuk entry ni. Balik dari kelas renang pagi tadi singgah la kat Kedai barang Kek Mesra then beli la serba sikit bahan2 buat kek lapis sarawak.

Bahan2 yang diperlukan.

  1. Telur burung unta ayam gred A 8 biji.
  2. Butter 250 g
  3. Cream cheese 150 g
  4. Tepung hong kong 500 g
  5. Susu pekat manis 250 g/ 1 cawan
  6. Gula kastor 250 g
  7. Biskut Oreo
  8. Ovelet 1 sudu besar
Cara-caranyer.

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang dan putih
  2.  Masukan sus pekat manis 
  3. Masukan telur satu persatu dan pukul sehingga betul-betul kembang
  4. Masukan Ovelet dan cream cheese. pukul lagi.
  5. Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  6. Jangan lupa perisa Vanilla.
  7. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian sama banyak
  8. Masukan pewarna pilihan yang berbeza.
  9. Mulakan kukus lapisan pertama sebanyak 5 sudu.
  10. Kemudian lapisan ke dua untuk warna berlainan.
  11. Bila lapisan ke dua sudah masak barulah disusun biskut oreo
  12. Ulang lapisan sehingga habis bancuhan.
  13. Then akhir sekali makan hahaha







Inilah gambar kek lapis yang dah siap. rasanya memang best.




  1.  

KELAS RENANG DI PUTRAJAYA

                Kompleks Renang Persint 16 Putrajaya: (Gambar aku amik kat website perbadanan putrajaya)

 
Hangpa pernah join kelas renang??? hahaha mesti tak pernahkan. kalau ade yang pernah pon berapa kerat jer. Aku nak story kat hangpa semua, aku baru jer hari ni dengan rasminya join kelas renang kat putrajaya. hahahah. Peduli hape  aku, janji aku bahagia.

Pagi-pagi2 lagi aku dah pi Putrajaya then bekpes kat Kompleks kejiranan tu. Orang Putrajaya ni memang untung. Macam2 fasiliti ada kat tempat depa ni. tinggal lagi nak guna atau tak jer. Makan roti canai telur + Nescafe 0 panas. Nak makan banyak takut tersembur plak time berenang tu.

Kelas renang aku start pukul 11. Sebenarnya aku pun tak tau celah mana duduk KOmpleks renang ni. cari-cari signboard tak jumpa pulak. berpusing-pusing jugak lah. then aku tanya sorang awek yang cun kat situ mana kompleks renang. bukan takat bagitahu siap pi hantaq lagi. memang superb la awek ni, hahaha.

Aku terus jer Call Kak latifah Mohamad owner Ezi2swim. Orangnyer peramah. isi borang serba sikit. buat payment terus jer kak latifah suruh tukar pakai swimming suite. Segan Sehh. Aku sorang jer pelajar dewasa. Hak lain semua anak-anak jer. Pedulikan. Yang paling aku segan, semestinya keadaan aku dalam swimming suite. Gambar tak leh tunjuk sensored. hahahaha.

Tapi yang mengajor aku renang bukan la kak latifah tue. tapi ade cikgu laki yang ngajor. Kak Latifah bertindak macam lifeguard jer duk tepi sambil usha2. Cikgu renang ni aku tak sempat tanya nama dia. Peramah la jugak. penerangan yang efektif. Kat sini dorang ajar from the basic.

Mula2 sekali belajar pernafasan. Depa panggil bubling. Sedut kat mulut hembus kat hidung dalam air. Kena la buat 30 kali latihan ni. Pastu ujian Floating. iatu apungkan badan. Ynag ni aku lepas. Pastu masuk stage kicking , kayuhan guna kaki. lenguh der. naik kejang labu betis. Mula latihan kicking ni kat tepi2 kolam jer sambil pegang palang besi. Then cikgu suruh try moving dari hujung ke hujung dengan kicking tu. Dengar macam mudah tapi sebenarnya agak susah especially bila nak gabungkan dengan teknik pernafasan penyu tu.

Kira seronok jugak la kelas ni walaupun aku xda geng. Klau hangpa berminat boleh usha kat blog ni:
http://www.ezi2swim.com. Maklumat detial pasal kelas ni ada kat situ.


Kelas renang tu abis dalam kul 12.30. penat jugak. On the way balik tu tetiba terlintas nak buat kek lapis sarawak. Jeng2 kita tengok planning ni jadi ke tak.


Wednesday 2 May 2012

MY WAY






Jom tengok wayang. My Way antara cerita terbaru yang ditengah ditayangkan kat cinema2 ni. Sapa tak tengok lagi cerita ni memang rugi giler der. pi tengok cepat. bawak sekali pak menakan, mak menakan, tok wan opah segala sedara mara pi tengok movie ni.

secara keseluruhan boleh bagi 4 bintang dari 5. memang best dan tak membosankan langsung. dari awal cerita sampai la habis disajikan dengan aksi dramatik perang. sampai kita pon dah rasa macam dalam peperangan jer. Kalau gadis-gadis yang tengok movie ni pasti tak kecewa sebab pelakon ni boleh kata jambu gak lar.

Movie ni mengisahkan dua orang yang pada asalnya bermusuhan kemudian bertukar menjadi kawan akibat himpitan peperangan. Kisah ini dibuat berdasarkan kisah benar dengan berlatarkan zaman perang dunia ke 2 semasa penjajahan Jepun keatas Korea.

Pengarah berjaya membawa emosi kepada penonton melalui skrip dan garapan bunyi serta mimik muka para pelakon. untuk lebih lanjut hangpa pi tegok sendiri na. nak cerita lebih2 kang rugi pulak. hehehe



Tuesday 1 May 2012

KEK LAPIS SARAWAK - MASAM MANIS

Ehh betol ke tajuk ni. hehehe betol2 tak syak lagi. jangan tukar chanel blog anda. sememangnya anda masih di lman IMPACT. sesuai dengan objektif laman ini, untuk berkongsi pengalaman, so kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca semua satu resepi kek iaitu KEK LAPIS SARAWAK-MASAM MANIS. sebenarnya saya memang suka bebenor kek lapis Sarawak dan disebabkan keterujaan yang amat sangat inilah maka saya telah belajar buat kek ini dan telah pon menjadi buat beberapakali. Setelah percubaan saya menjadi barulah saya yakin untuk kongsikan dengan anda resepi ini.

Bahan-Bahan:

  1. 6 biji telur
  2. 1 cawan tepung Hong Kong (Boleh beli kat kedai bahan kek)
  3. 1/2 cawan gula kastor
  4. 1 Cawan susu sejat pekat 
  5. sedikit ovelet
  6. 250 g butter (Saya guna buttercup)
  7. Perisa Vanilla
  8. 3 pewarna (Hijau, Purple, Pink)
  9. Asam gambir (Tak tau nama sebenar. ala makanan ringan zaman budak-budak tu)
  10. Sari kaya
Cara2 buat.

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga menjadi putih dan gebu.
  2.  Masukan susu dan pukul lagi sehingga kembang
  3. Masukan telor satu persatu dan pukul.
  4. Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan memukul sehingga adunan sebati dan lembut.
  5. Masukan pula ovelet dan perisa vanilla dan kacau sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  7. Masukan warna berbeza mengikut bahagian.
  8. Panaskan periuk kukus dan loyang anda. (Jangan lupa sapukan sedikit mentega pada loyang)
  9. Bahagian bewarna hijau tambahkan 3 sudu besar sari kaya
  10. Masukan 3 sudu makan dalam loyang anda.
  11. Adunan mula mencair dan ratakan.
  12. Kukus sehingga 5-10 minit.
  13. Ulangkan untuk lapisan2 berikutnya.
  14. Saya letakan gambir pada setiap 3 lapisan.
  15. apabila siap semua lapisan sejukan kek anda dan potong
  16. sedia dihidang.
 Sorilah gambar tak dapat di uploadkan atas sebab-sebab teknikal. tapi cubalah buat dan nikmatilah kek lapis hasil tangan anda sendiri.


                                                     SELAMAT MENCUBA


BERSIH 3.0 - Perjuangan Ini Untuk Siapa

Semua sedia maklum mengenai himpunan BERSIH 3.0 yang telah diadakan pada 28 April 2012 iaitu pada Sabtu yang lepas. Rata-rata media samada media konvensional seperti televisyen dan radio serta media blog berlumba-lumba memberi liputan mengenai peristiwa yang boleh kita letakan sebagai antara peristiwa bersejarah bagi negara Malaysia yang bertuah ini.

Saya bukanlah orang yang arif mengenai iklim dan fenomena politik. Jauh sekali untuk membuat analisa mahupun andaian terhadap apa yang berlaku. Namun selaku rakyat Malaysia barangkali tidak menjadi suatu kesalahan untuk saya tumpang memikirkan tentang BERSIH 3.0 ini.

Slogan "DUDUK DAN BANTAH" barangkali kedengaran tidak begitu menakutkan. Sekadar duduk bagi menunjukan bantahan terhadap sistem pilihanraya Malaysia. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Provokasi antara peserta perhimpunan dan pihak berkuasa telah mencetuskan drama seakan rusuhan malah sehingga berlakunya kerosakan harta benda dan kecederaan.

                                                                Dipetik dari google search

Persoalan yang bermain difikiran saya melalui apa yang ditonton, adakah ini gambaran DUDUK DAN BANTAH? lihat sahaja gambar diatas, adakah tindakan ini wajar?...
bukanlah disini bermaksud saya menyokong pihak kerajaan. tetapi untuk konteks peerbincangan berdasarkan apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH 3.0 yang lepas, berbaloikah semua ini.

Pihak berkuasa pula tidakkah kalian melihat mereka yang menyertai himpunan in sebagai manusia. Jangan hanya kerana anda dilengkapi perisai dan pertahanan senjata menyebabkan anda berlaku secara tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah bersabar itu jalan yang terbaik.


                                                            Gambar dipetik dari Google




Intiharnya setiap pihak harus faham perjuangan masing-masing dan tugas anda. dengan mewujudkan kekecohan masalah yang sedikit boleh menjadi kusut dan tidak mustahil akan ada pihak yang akan ambil kesempatan.

Berlaku adilah yakni meletakan sesuatu pada haknya. Apabila menyertai sesuatu bantahan seperti ini pastikan anda benar-benar faham apa yang diperjuangkan dan hendaklah perjuangan tersebut bersifat sarwajagat yakni menyeluruh dan demi kepentingan Islam bukan untuk kepentingan peribadi atau individu tertentu.


Friday 27 April 2012

MAHAR SEBUAH DEMOKRASI


28 April 2012, sekali lagi bumi bertuah ini akan digegarkan dengan perhimpunan rakyat. Perhimpunan untuk menuntut sistem pilihan raya yang lebih adil. Kalau perhimpunan ini sesuatu yang baik, kenapa perlu ianya di halang dengan pelbagai helah dan halangan. Apa yang ditakuti oleh pihak kerajaan jika sememangnya tuntutan itu adalah sesuatu yang mulia. atau mungkinkah kerajaan sedia ada memang mengamalkan penyelewengan sehingga mereka khuatir akan terbongkar. persoalan ini hanya mereka yang tahu.

Bagi pihak yang menuntut pula, jujurkah mereka dengan tuntutan mereka ini. bagaimana pula keadaanya setelah mereka berjaya menjadi pemerintah kelak. Adakah perinsip "ADIL" ini masih akan dipertahankan mereka. Mungkin akan ada yang berpendapat, kalau kita tak bagi peluang mana nak kita tahu bagaimana kesudahanya. betul pendapat ini tiada salahnya. seperti analogi lautan, kita tidak akan tahu yang laut itu masin sehinggalah kita merasakan masin lautnya.

Semua ini bagai sebuah pertaruhan. yang terhimpit diantara pertaruhan ini ialah rakyat marhaen. Rakyat akan diperkuda oleh kedua-dua belah pihak untuk kepentingan mereka sendiri. Persoalanya rakyat tersebut tidak sedarkah? mungkin ada yang sedar tapi mungkin ada juga yang sedar. Setiap yang menyokong mahupun membangkang ada reason masing-masing.

Jika perkara ini semudah ABC dan hanya memberi kesan sehari dua, mungkin kita boleh ambil enteng dengan perkara ini. Namun soal politik bukan semudah itu. Politik mampu mengubah beradaban dunia. Mamapu mengubah gaya hidup dan akhak manusia. Jatuh bangun sesuatu tamadun juga bertitik mula dengan politiknya.

Dalam Islam politik atau lebih tepatnya siasah merupakan satu cabang terpenting.signifikannya politik dalam Islam sehingga kita boleh melihat sirah dimana kerja kepimpinan dan pentadbiran negara merupakan pekerjaan para Rasul. Contoh terdekat ialah junjungan besar Rasulullah kita yang menjadi seorang ketua negara Islam pertama.

Namun politik Islam yang dianjur oleh rasulullah jauh amat berbeza dengan corak politik macapada yang kita amal hari ini. Selama 13 tahun Rasulullah menjadi pembangkang di kota Makkah, tidak sekali pon Rasullah memprovokasikan pemimpin Makkah pada waktu itu walaupun berbeza idelogi dan juga akidah.

Rasullah terus menerus menggunakan kaedah pendidikan dalam menyebarkan kebenaran dan mendidik corak politik yang diredhai Allah. Pada 10 tahun kedua pula menyaksikan Rasulullah menjadi pihak kerajaan, namun tiada seorang pon barisan pembangkang yang terdiri dari kalangan musyrikin dan yahudi yang diperangi tanpa sebab. Bahkan masih menjalankan hubungan baik antara mereka.

Formula Rasulullah ini diteruskan oleh para khulafak Ar-Rashidin sehingga Islam bukan sahaja menguasai 2/3 parlimen negara tetapi menguasai 2/3 peradaban dunia. Renung dan fikirkan perbezaan politik anjuran Rasulullah dengan politik arus perdana samada anda di blok kerajaan atau anda di bahu pembangkang.

Apa yang menjadi pengamatan saya, politik di Malaysia kini terlalu amat kotornya. fitnah memfitnah menjadi alam wacana dalam menimba dan meraih sokongan. Walaupun kadang-kadang sehingga menyingkap dalam kelambu menyelak di bawah kain orang pon sanggup. Semuanya asal boleh menang. Natijahnya kebenaran akan semakin menjadi pudar dan rakyat marhaen akan terus diulit kepalsuan.

Betapa sombongnya kita kepada Allah, alangkah baiknya jika kita mampu mempersandarkan tiap tindakan kita kepada Allah dengan sejujurnya. Bukan memperisaikan Allah untuk kepentingan hawa nafsu. Orang yang paling dekat pada tuhanya adalah orang yang paling tawaduk hatinya. orang ynag tawaduk hatinya menterjemahkan dengan mulia budi perketinya. Bahasa dan pertuturan yang mulia adalah hak penghias orang yang mulia.











Thursday 26 April 2012

OSH WORLD DAY

Bagi pengamal OSH pasti sudah sedia maklum berkenaan sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia yang disambut pada setiap 28 April pada setiap tahun. Sambutan ini adalah bertujuan bagi mempromosi dan memperingatkan kepada semua warga kerja samada majikan atau pekerja tentang kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pada tahun ini tema sambutan ialah "PROMOTING SAFETY & HEALTH IN GREEN ECONOMY"

Ini ialah logo sambutan OSH day untuk 2012.



EAR MITE

Bagi meraka yang memelihara kucing pasti sudah familiar dengan Ear mite atau hama telinga. Hama ini sangat halus dan sukar dilihat dengan menggunakan mata kasar. Petanda bagi kucing yang telah dijangkiti ear mite ini ialah apabila ia sering menggaru bahagian telinga dan terdapat kekotoran kehitaman di dalam telinga kucing tersebut. kekerapan menggaru mungkin boleh menyebabkan kecederaan pada telinga kucing tersebut dan adakalanya jangkitan serius boleh menyebabkan kcacatan pada telinga kucing.

Hari ini saya telah menjalankan operasi mengerudi telinga Spark. Spark adalah antara kucing malang yang di jangkiti hama telinga namun dengan penjagaan baik keadaan telinga Spark makin pulih. untuk menjalankan aktiviti ini saya memerlukan beberapa ke eprluan seperti gerudi , pahat, semburan pesticide. hahaha. baiklah bahan yang di perlukan adaalah

      Ehh sapa kat belakang tu.

1) Baby Oil , boleh dibeli di pasaraya Mydin RM 3.50 . Buat promosi la pulak.
2) Putik Kapas a.k.a cotton buds
3) Dan juga ubat titik Surolan. ini kena beli kat vet. RM 30 . kat kedai mesra petshop ade.
4) Jangan lupa tempat operasi hendaklah dialas dengan surat khabar UTUSAN hehehe.

Bila semua bahan telah disediakan perkara yang perlu anda laukan ialah.

1) Tangkap kucing yang akan dioperasikan.
2) Basahkan cotton buds dengan baby oil
3) Riba kucing anda dengan miringkan pipinya serta kepakan cuping telinga

                                                        Telinga Spark yang akan digerudi



4) Cuci telinga kucing dengan cotton bud sehingga bersih termasuk disebelah dalam.
5) Pastikan di buat untuk telinga kiri dan kanan.
6) Jika kucing anda meronta sepak dia dan hempuk ke dinding. jangan sesekali ok. tenangkan dia dan cuba lagi.
7) Kucing anda mungkin akan meronta2 jadi kemungkinan anda memerlukan bantuan.


 Pembantu bertugas " Aleesya Maisarah" . Tapi malangnya pembantu ini bukan membantu menenangkan Spark tetapi menghuru harakan lagi Spark. Aduyaiiii

8) Kemudian titiskan ubat telinga mengikut nasihat Vet anda.
9) Gosokan cuping telinga anda, Kucing anda ok, supaya ubat akan rata.


                                                             Gosokan macam ni.
 10) Dan selesai....




                                                        Spark Posing setelah telinga di gerudi





Tuesday 24 April 2012

MATING KUCING

Assalamualaikum...

Dua tiga hari ni, kelakuan Spark ada sikit miang la. tak kira masa duk mengiau jer. Try tanya dengan kawan-kawan rupanya itu tanda kucing betina heat. Maksudnya kucing betina tengah bersedia untuk mengawan. Biasanya keadaan ini akan berlaku pada kucing betina pada seawal umur mereka enam bulan. Masalahnya sekarang kat rumah ni mana ade kucing jantan. pening Papa Spark pikir nak cari calon Suami Spark.

Papa Spark pulak demand untuk bakal menantu dia. Syarat-syarat dan krateria bakal suami Spark mestilah..

1) Berketurunan yang baik-baik. (setidak-tidaknya domestic long hair.) Dapat Maine coon ker ok jugak hehe.
2) Sihat tubuh badan. mesti telah divacinated dan deworming. kalau ada ku ku ku rap tak leh diterima.
3) Segak dan bergaya serta terbukti kejantanannya. bukan ape Spark ni garang sikit.
4) Mempuyai tuan yang cantik. eh eh, termasuk jugak ker. hehehe untuk papa Spark kottt

Tadi ada jugak risik-risik dengan member mintak tolong usha kot2 ade calon2 jantan yang sesuai. Ada sorang member dapat satu iklan kat mudah.my untuk mating kucing dengan kucing jantan dia. yang penting tertera perkataan FREE. dapat jer iklan tu, papa Spark rasa berkenan tengok calonya.

Terus jer call no yang tertera. Then dapat bercakap dengan tuan kucing tu. En Johan namanya. kami bertukar2 gambar kucing masing-masing dan perjanjian dimeterai melalui SMS. yang bestnya kucing En. Johan ni keturunan Maine Coon. huaaaaa.


So, InsyaAllah bila Spark dah di vaksin untuk kali ke dua dan betol2 heat papa hantar pi jumpa mamat Maine Coon ni.


Hopefuly dapat cucu yang comel-comel. hehehehe

Monday 23 April 2012

MAK YONG TUNJANG KESENIAN MELAYU

Bila kita baca tajuk diatas terfikir sejenak diminda kita betapa indahnya susunan bahasa yang digunakan oleh nenek moyang kita. Nenek moyang orang Melayu sangat sensitif jiwanya pada alam persekitaranya. Kehidupan mereka yang diwarnai dengan pepohon rimba, diulit bayu laut dan didendang desiran ombak serta unggas menjadikan orang Melayu suatu bangsa yang sangat berseni. Malah kesenian ini meliputi semua aspek kehidupan mereka dari segi bahasa, tata hidup, senibina, muzik malah beradapan keseniaan lainya.

Malah ada sesetangah keseniaan orang Melayu telah melalui episod yang sangat panjang sehinggakan sejarahnya menjadi samar sesamarnya sejarah Melayu itu sendiri. Kesenian Mak Yong contohnya, merupakan satu keseniaan drama tari yang telah diwarisi sejak berabad lamanya. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap Mak Yong, namun masih gagal menyimpulkan satu kesimpulan yang jelas. Para pengkaji masih bertelagah dalam menentukan dari mana asal usul Mak Yong ini.

Pengalaman menonton Mak Yong "Dewa Indera Indera Dewa" pada tahun lepas di Istana Budaya memberi kesan tersendiri pada diri saya dalam memahami dan mendalami kesenian ini. Ada juga bisik-bisik dibelakang yang menyindir dan mengutuk setiap kali saya membuka topik Mak Yong. Namun itu tidak menjadi masalah bagi saya untuk terus mengkaji kesenian ini. Kajian saya tidaklah sehingga mencapai tahap kajian akademik, tetapi lebih bersifat catatan peribadi melalui pengamatan dan pengalaman sendiri dan bahan bacaan lain.

Berbicara tentang Mak Yong, apa yang saya faham ialah Mak Yong ini terdiri dari gabungan muzik, tarian, lagu, dan drama yang saling sokong menyokong sehingga membentuk satu identiti yang sangat unik malah mungkin tidak terdapat dalam kesenian lain di dunia ini. Menurut sesetengah pendapat, Mak Yong berasal dari selatan Thailand dan merupakan persembahan untuk Istana pada zaman Cik Siti Wan Kembang. Oleh sebab itulah Mak Yong ini lebih popular di negeri serambi Mekah ini. Kini, selepas pihak kerajaan negeri Kelantan mengambil pendekatan mengharamkan Mak Yong, Mak Yong terpaksa berhijrah demi menyambung kelangsungan kewujudannya.

Bersambung.....


Sunday 22 April 2012

Menangani Stress

Dalam arus urbanisasi sememangnya manusia akan dihambat dengan kesibukan dalam memenuhi kelangsungan hidup yang mencabar. Manusia akan sentiasa dalam keadaan terkejar-kejar dan perlu bersaing bagi memastikan mereka mendapatyang terbaik bagi keselesaan mereka. Keadaan ini akan sentiasa menghimpit manusia dari pelbagai sudut dari segi material, fizikal, spritual, mentaliti dan sebagainya.

Lantaran keadaan seperti inilah maka akhirnya manusia akan menjadi tertekan. Walau bagaimanapun tekanan adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada manusia yang dianugerahkan dengan sikap yang sentiasa berfikiran positif dan mempu menyerap tekanan dan akhirnya menyelesaikanya. Ada pula mereka yang kurang bernasib baik yang tidak mampu menghadapi tekanan sehingga menjadikan mereka hilang punca malah yang paling parah sehingga menjadikan mereka gila.

Bagi umat Islam mereka telah dididik dengan kepercayaan untuk beriman kepada Qada dan Qadar di mana setiap apa yang terjadi adalah dalam ketentuan Allah jua. Setiap musibah, kesusahan adalah termasuk dalam ujian Allah. Umat Islam yang baik semestinya redha disamping berdoa untuk semoga Allah mengurangkan ujian yang diberikan. Dalam Al-Quran Allah ada menyatakan bahawa setiap ujian yang diberikan kepada seseorang itu adalah mengikut tahap keimanan mereka.

Dalam menegani masalah stress ini berikut adalah kaedah yang selalu digunakan oleh admin semasa berhadapan dengan stress:

  1. Memperbanyakan membaca Al- Quran dan perbanyakan kepada surah Al-Mulk dan surah Al-Insyirah.
  2. Bertenang dan cuba mencari punca kepada stress.
  3. Cuba menceritakan masalah atau bertanyakan pendapat kepada mereka yang dipercayai. untuk Admin, admin sentiasa bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik. Kadang-kadang admin bercakap dengan kucing-kucing. hahaha
  4. Cuba alihkan perhatian dengan menyibukan diri kepada aktiviti lain. biasanya lepak dengan member-member.
  5. Sentiasa senyum ketika di hadapan khalayak.
  6. Kalau perlu menangis-menangislah kerana menangis adalah terapi hati yang baik.
Diharap apa yang dikongsi admin boleh membantu anda dalam menangani Stess.

"Tiada Orang Yang Lebih Mengenali Kita Lebih Baik Dari Diri Kita Sendiri"

Selamat Tinggal Owen

tak sanggup nak tengok Owen merengek kat dalam cage. nak lepas dalam rumah pon bulu Owen gugur. Setelah berikir banyak kali then terpaksa ambil keputusan untuk hantar Owen semula ke Petaling Jaya. Rumah previous owner dia.

Nanti pukul 6 papa hantar Owen pi sana yer. Dengan berat hatinya, tapi semua untuk kebaikan Owen. Nampaknya lepas ni Spark dah x der kawan. Papa iwll mizz Owen.

                                                                        In Memory


setiap pertemuan pasti ada perpisahan. tak kisahlar samada pertemuan kita itu sesama manusia atau makhluk yang lain. dan semestinya Perpisahan akan mencalit kesedihan. Owen ni kucing yang sangat manja. kalau kita berbaring dia akan turut baring diatas kepala kita dan menjilat-jilat rambut. ada masanya Owen akan cium pipi.

Saturday 21 April 2012

KUCING DEMAM

hari ni bangun lewat, tengok jam dah pukul 10. haha biasala hari ahad. so bermalas-malasan la sikit. bangun-bangun jer terus tengok Owen. semalam Owen kena inject. nampak monyok jer. Doktor cakap selepas inject Owen akan deman 2 hari. bila tengok Owen monyok macam tu kesian pulak. tapi tak per semuanya untuk kebaikan Owen. Owen kena kurung dalam sangkar sebab keguguran bulu yang agak teruk. habis sofa, karpet, baju-baju ada bulu Owen. Doktor check cakap Owen ada hama bulu sebab tu la bulu dia gugur. So semalam Owen pun kena letak ubat hama jugak. Melayang la duit aku RM 56 sekali dengan vaksin. takpe la demi Owen papa sanggup buat apa sahaja.

lepas tengok Owen jenguk pulak spark. macam biasa lar spark memang suka lepak dalam bilik air. maybe sebab spark ni bulu panjang then dalam bilik air tu sejuk memang santai jer. pastu buat muka tak bersalah jer. yang spark ni pulak macam biasa kat tepi dia mesti ada dua tiga ekor bangkai lipas. anak papa yang sorang ni cukup pandai memburu. keturunan lanun agaknyer. lepas tu garang sangat dengan Owen. Owen yang jantan pun boleh kalah dengan spark.

Mesti orang ingat Spark tu jantan kan. hahaha sebenarnya ada story di sebalik nama spark tu. mula-mula dulu memang teringin nak bela kucing. tapi nak bela kucing jantan. masa mintak dengan kawan yang bela kucing tu memang bagitahu nak kucing jantan lar. dengan konfidenya dia bagi la si spark, dan aku pulak dengan konfidenya bagi nama Spark. Bila Spark dah duduk seminggu dengan aku baru perasan yang Spark betina. tapi sebab dah sayang jadi tak de la pulangkan semula.

Masa bawak Spark pi vaksin bulan lepas pon Doktor ingat Spark Jantan. Doktor advise tukar nama, untuk nampak feminin sikit. haha tak pe lah biarkan je lar. lagi pin anak-anak sedara pon semua dah selesa panggil nama Spark.

Melalut jauh la pulak yer. Hari ahad biasanya kalau x der rang ajak keluar lepak kat umah je lar. lebih-lebih lagi bila skang dah pasang UNIFI. memang best. dulu masa pakai broadband internet Slow macam kura-kura jer. Skang semuanya hanya dihujung jari. tadi jemur baju banyak jugak. hehehe stock seminggu derr.


                                                            Spark cari ape tu sayang




Mukadimah

First time buat blog. orang lain buat blog kita pon nak buat jugak. sudahnyer sendiri pening hahahah. hopefully lepas ni akan jadi lebih better and better. bila fikir ade ker orang nak baca blog ni, haha fikirkan aje "Ada aku kisah" . poyokan aku ni. bukan ape aku just nak try sesuatu yang baru. kalau kita tak cuba hari ni bila lagi kan kan kan.

Motif??!!!ntah ape motif aku ntah. hehe tengok nak tulis intro ni pon banyak mengarut dan mencarut jer.