Friday 27 April 2012

MAHAR SEBUAH DEMOKRASI


28 April 2012, sekali lagi bumi bertuah ini akan digegarkan dengan perhimpunan rakyat. Perhimpunan untuk menuntut sistem pilihan raya yang lebih adil. Kalau perhimpunan ini sesuatu yang baik, kenapa perlu ianya di halang dengan pelbagai helah dan halangan. Apa yang ditakuti oleh pihak kerajaan jika sememangnya tuntutan itu adalah sesuatu yang mulia. atau mungkinkah kerajaan sedia ada memang mengamalkan penyelewengan sehingga mereka khuatir akan terbongkar. persoalan ini hanya mereka yang tahu.

Bagi pihak yang menuntut pula, jujurkah mereka dengan tuntutan mereka ini. bagaimana pula keadaanya setelah mereka berjaya menjadi pemerintah kelak. Adakah perinsip "ADIL" ini masih akan dipertahankan mereka. Mungkin akan ada yang berpendapat, kalau kita tak bagi peluang mana nak kita tahu bagaimana kesudahanya. betul pendapat ini tiada salahnya. seperti analogi lautan, kita tidak akan tahu yang laut itu masin sehinggalah kita merasakan masin lautnya.

Semua ini bagai sebuah pertaruhan. yang terhimpit diantara pertaruhan ini ialah rakyat marhaen. Rakyat akan diperkuda oleh kedua-dua belah pihak untuk kepentingan mereka sendiri. Persoalanya rakyat tersebut tidak sedarkah? mungkin ada yang sedar tapi mungkin ada juga yang sedar. Setiap yang menyokong mahupun membangkang ada reason masing-masing.

Jika perkara ini semudah ABC dan hanya memberi kesan sehari dua, mungkin kita boleh ambil enteng dengan perkara ini. Namun soal politik bukan semudah itu. Politik mampu mengubah beradaban dunia. Mamapu mengubah gaya hidup dan akhak manusia. Jatuh bangun sesuatu tamadun juga bertitik mula dengan politiknya.

Dalam Islam politik atau lebih tepatnya siasah merupakan satu cabang terpenting.signifikannya politik dalam Islam sehingga kita boleh melihat sirah dimana kerja kepimpinan dan pentadbiran negara merupakan pekerjaan para Rasul. Contoh terdekat ialah junjungan besar Rasulullah kita yang menjadi seorang ketua negara Islam pertama.

Namun politik Islam yang dianjur oleh rasulullah jauh amat berbeza dengan corak politik macapada yang kita amal hari ini. Selama 13 tahun Rasulullah menjadi pembangkang di kota Makkah, tidak sekali pon Rasullah memprovokasikan pemimpin Makkah pada waktu itu walaupun berbeza idelogi dan juga akidah.

Rasullah terus menerus menggunakan kaedah pendidikan dalam menyebarkan kebenaran dan mendidik corak politik yang diredhai Allah. Pada 10 tahun kedua pula menyaksikan Rasulullah menjadi pihak kerajaan, namun tiada seorang pon barisan pembangkang yang terdiri dari kalangan musyrikin dan yahudi yang diperangi tanpa sebab. Bahkan masih menjalankan hubungan baik antara mereka.

Formula Rasulullah ini diteruskan oleh para khulafak Ar-Rashidin sehingga Islam bukan sahaja menguasai 2/3 parlimen negara tetapi menguasai 2/3 peradaban dunia. Renung dan fikirkan perbezaan politik anjuran Rasulullah dengan politik arus perdana samada anda di blok kerajaan atau anda di bahu pembangkang.

Apa yang menjadi pengamatan saya, politik di Malaysia kini terlalu amat kotornya. fitnah memfitnah menjadi alam wacana dalam menimba dan meraih sokongan. Walaupun kadang-kadang sehingga menyingkap dalam kelambu menyelak di bawah kain orang pon sanggup. Semuanya asal boleh menang. Natijahnya kebenaran akan semakin menjadi pudar dan rakyat marhaen akan terus diulit kepalsuan.

Betapa sombongnya kita kepada Allah, alangkah baiknya jika kita mampu mempersandarkan tiap tindakan kita kepada Allah dengan sejujurnya. Bukan memperisaikan Allah untuk kepentingan hawa nafsu. Orang yang paling dekat pada tuhanya adalah orang yang paling tawaduk hatinya. orang ynag tawaduk hatinya menterjemahkan dengan mulia budi perketinya. Bahasa dan pertuturan yang mulia adalah hak penghias orang yang mulia.











1 comment: