Tuesday 1 May 2012

BERSIH 3.0 - Perjuangan Ini Untuk Siapa

Semua sedia maklum mengenai himpunan BERSIH 3.0 yang telah diadakan pada 28 April 2012 iaitu pada Sabtu yang lepas. Rata-rata media samada media konvensional seperti televisyen dan radio serta media blog berlumba-lumba memberi liputan mengenai peristiwa yang boleh kita letakan sebagai antara peristiwa bersejarah bagi negara Malaysia yang bertuah ini.

Saya bukanlah orang yang arif mengenai iklim dan fenomena politik. Jauh sekali untuk membuat analisa mahupun andaian terhadap apa yang berlaku. Namun selaku rakyat Malaysia barangkali tidak menjadi suatu kesalahan untuk saya tumpang memikirkan tentang BERSIH 3.0 ini.

Slogan "DUDUK DAN BANTAH" barangkali kedengaran tidak begitu menakutkan. Sekadar duduk bagi menunjukan bantahan terhadap sistem pilihanraya Malaysia. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Provokasi antara peserta perhimpunan dan pihak berkuasa telah mencetuskan drama seakan rusuhan malah sehingga berlakunya kerosakan harta benda dan kecederaan.

                                                                Dipetik dari google search

Persoalan yang bermain difikiran saya melalui apa yang ditonton, adakah ini gambaran DUDUK DAN BANTAH? lihat sahaja gambar diatas, adakah tindakan ini wajar?...
bukanlah disini bermaksud saya menyokong pihak kerajaan. tetapi untuk konteks peerbincangan berdasarkan apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH 3.0 yang lepas, berbaloikah semua ini.

Pihak berkuasa pula tidakkah kalian melihat mereka yang menyertai himpunan in sebagai manusia. Jangan hanya kerana anda dilengkapi perisai dan pertahanan senjata menyebabkan anda berlaku secara tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah bersabar itu jalan yang terbaik.


                                                            Gambar dipetik dari Google




Intiharnya setiap pihak harus faham perjuangan masing-masing dan tugas anda. dengan mewujudkan kekecohan masalah yang sedikit boleh menjadi kusut dan tidak mustahil akan ada pihak yang akan ambil kesempatan.

Berlaku adilah yakni meletakan sesuatu pada haknya. Apabila menyertai sesuatu bantahan seperti ini pastikan anda benar-benar faham apa yang diperjuangkan dan hendaklah perjuangan tersebut bersifat sarwajagat yakni menyeluruh dan demi kepentingan Islam bukan untuk kepentingan peribadi atau individu tertentu.


No comments:

Post a Comment